01
Meningococcal
RM150.00
02
Influenza
RM80.00
03
Pneumococcal
RM275.00
Pemeriksaan Haji & Umrah
Dilakukan oleh doktor yang bertauliah dan mempunyai kursus
pemeriksaan bakal haji (untuk bakal haji) yang diiktiraf oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jenis - jenis suntikan yang wajib & sunat diambil :
Meningococcal (Vaksin Menveo) - wajib
-Suntikan untuk elak kuman meningitis (jangkitan otak)-Tempoh hayat 5 tahun,akan tetapi procedure untuk haji dan umrah hanya 3 tahun mengikut syarat kerajaan Arab Saudi
-2 minggu atau 3 minggu sebelum keberangkatan dan tidak kurang dari 10 hari dari sebelumnya
Influenza (Flu) - sunat muakad
-Suntikan untuk mencegah jangkitan selsema burung diambil sebagai tambahan perlindungan
-Vaksin flu dianjurkan untuk jemaah terutamanya yang mempunyai simptom berikut :
*Pengidap penyakit kronik seperti diabetis,gangguan pernafasan,gangguan ginjal,sakit jantung,dan gangguan system saraf
*yang ada masalah imunodefisiensi (senang kene jangkitan demam)
*Menghidap penyakit metabolik,menghidap obesiti
*Wanita mengandung perlu mendapatkan nasihat doktor
Pneumococcal (Prevena 13) - sunat muakad
-Suntikan untuk mencegah pneumonia (kuman paru-paru)
-Disarankan bagi calon jemaah haji yang mempunyai kondisi tertentu :
*Kanak-kanak dan dewasa yang menghidap penyakit kronik seperti diabetis,asma,gangguan ginjal atau penyakit jantung
*Dewasa 65 tahun keatas